News & Articles PENGUKUHAN SASARAN KDNK DIJANGKA BERUPAYA KURANGKAN LAMBAKAN HARTANAH - MOF

PENGUKUHAN SASARAN KDNK DIJANGKA BERUPAYA KURANGKAN LAMBAKAN HARTANAH - MOF


21 Mar 2024
PENGUKUHAN SASARAN KDNK DIJANGKA BERUPAYA KURANGKAN LAMBAKAN HARTANAH - MOF
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Pengukuhan sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak empat hingga lima peratus serta zon ekonomi khas dijangka berupaya mengurangkan jumlah lambakan kediaman yang masih belum terjual, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Beliau berkata Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) komited untuk meningkatkan pelaburan dengan mengkategorikan unit kediaman tidak terjual mengikut tempoh masa selepas pelancaran (hartanah), khususnya dalam menangani atau menutup kebanyakan lambakan projek lama di kawasan tertentu.

Beliau berkata dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan, NAPIC juga sedang membangunkan analisis data raya dengan menggabungkan data daripada pelbagai agensi bagi menghasilkan satu analisis pasaran hartanah yang lebih komprehensif dan interaktif.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Halim Suleiman yang ingin tahu adakah kerajaan akan memperbaiki cara NAPIC mengkategorikan data agar lebih spesifik dan menyeluruh, supaya keyakinan pelabur dapat dipulihkan di negara ini.

Menurutnya suku keempat 2023 mencatat prestasi lebih baik dengan lambakan kediaman memperlihatkan momentum yang memberangsangkan dengan bilangan terus berkurangan berbanding 2022.

Source: Bernama.com

Latest Posts
  • Strata Sense: Demystifying strata living

  • MTD Properties lancar perbandaran bernilai RM1 bilion di Kajang, Melaka

  • PJ’S NEW ICON: A Walkable City, A Prestigious Address

  • Mah Sing rekod jualan hartanah RM1.01 bilion dalam lima bulan

  • Sentral REIT beli Arcoris Plaza pada harga RM70 juta