News & Articles Bina jejambat RM18j

Bina jejambat RM18j


10 Jan 2024
Bina jejambat RM18j
Kuala Lumpur: Syarikat pemaju hartanah terkemuka, Kumpulan JL99 memperuntukkan RM18 juta bagi membina jejambat (flyover) Legasi JL99 Group khusus untuk penghuni projek pembangunannya.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Jeff Lee berkata, kumpulan itu mencipta sejarah apabila secara rasmi melancarkan Flyover Legasi JL99 Group di Jalan Kuching bersebelahan bulatan Batu Caves atau lebih dikenali sebagai KL North.

Katanya, jejambat berkenaan bakal dimanfaatkan lebih kurang 10,000 penghuni sehari di semua projek pembangunannya (JL Legacity) termasuk kondominium 99 Residence.

"Objektif utama kami membina flyover ini adalah untuk memberi akses warga 99 Residence untuk ke pusat bandar raya dan turut memainkan peranan sebagai laluan masuk utama ke kondominium berkenaan.

"Dengan jejambat ini, ia bukan saja membantu penghuni mengelakkan kesesakan di kawasan berhampiran, malah dapat menjimatkan masa.

"Kami sentiasa komited menyediakan kemudahan terbaik kepada penghuni projek pembinaan Kumpulan JL99.

"Kami bukan saja membangunkan dan membina kediaman tetapi juga (menyediakan) keistimewaan serta kemewahan untuk pembeli dan penghuni kondominium ini," katanya.

Menurutnya, pengguna lain boleh melalui jejambat ini, namun tidak boleh memasuki ruang kondominium kerana ada laluan khas disediakan bagi pengguna awam.

Katanya, jejambat sepanjang 500 meter itu diharap mampu menjadi nilai tambah kepada bakal pembeli projek kediaman Kumpulan JL99 lain.

Source: hmetro.com.my

Latest Posts
  • Strata Sense: Demystifying strata living

  • MTD Properties lancar perbandaran bernilai RM1 bilion di Kajang, Melaka

  • PJ’S NEW ICON: A Walkable City, A Prestigious Address

  • Mah Sing rekod jualan hartanah RM1.01 bilion dalam lima bulan

  • Sentral REIT beli Arcoris Plaza pada harga RM70 juta