News & Articles COVID-19: Datai Langkawi tutup sementara

COVID-19: Datai Langkawi tutup sementara


23 Nov 2021
COVID-19: Datai Langkawi tutup sementara
KUALA LUMPUR: Datai Langkawi menutup sementara pusat peranginannya selepas 16 kes positif jangkitan COVID-19 dikesan dalam kalangan pekerjanya.

Dalam satu kenyataan, pusat peranginan itu menjangkakan penutupan operasinya untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hari bermula hari ini.

Katanya, semua individu yang dikesan positif COVID-19 telah diasingkan dan dikuarantinkan, manakala pembersihan dan sanitasi terperinci akan dilaksanakan di resort berkenaan.

Datai Langkawi berkata, ketika ujian rawak biasa terhadap ahli pasukan menjangkaui peraturan rasmi kerajaan bagi memastikan keselamatan tetamu dan kakitangan, pihaknya mendapati sejumlah kes positif dikesan dan individu terbabit telah diasingkan segera.

"Semua kontak rapat sehingga kepada kontrak peringkat menengah telah dikesan dan, kami juga telah melaksanakan ujian susulan ke atas ahli pasukan lain secara rawak.

"Ketika siasatan terperinci dan teliti, kes-kes positif berikutnya telah disahkan. Pihak pengurusan resort segera mengaktifkan kuarantin.

"Menjangkaui protokol yang ditetapkan dan atas kewaspadaan serta keprihatinan terhadap terhadap kesejahteraan tetamu dan pekerja, pihak pengurusan resort juga telah melaksanakan prosedur penutupan sementara," katanya.

Selain itu, Datai Langkawi turut memohon maaf diatas kesulitan yang dialami tetamu.

"Bagi sebarang tempahan sedia ada untuk tarikh penginapan termasuk dalam tempoh penutupan sementara, pihak resort menawarkan pertukaran tarikh atau pembatalan percuma tanpa penalti dan bayaran balik penuh. Semua tetamu yang terbabit akan dihubungi terus untuk pilihan alternatif," katanya.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • NCM Co Celebrates 38 Years of Auction Excellence with 8 Hours of Non-Stop Property and Vehicle Bidding at the July Auction Carnival 2025

  • Celebrating 38 Years of Auction Excellence with Over 700 Units Up for Grabs at July Auction Carnival 2025

  • Strata Sense: Demystifying strata living

  • MTD Properties lancar perbandaran bernilai RM1 bilion di Kajang, Melaka

  • PJ’S NEW ICON: A Walkable City, A Prestigious Address